rasa-rasa

Tuesday, April 5, 2011

Panggilan Sabah....Sabah Tea

Sabah Tea BEST!


















Petang2 minum Tea,










Terima Kasih Daun Keladi

Sabah Tea....


















Arakian Ada sebuah cerita, mengenai sebuah keluarga yang mendapat rezeki terpijak. Bermulalah cerita suatu hari yang indah keluarga ini berkunjung ke Jom Heboh, Batu Kawan. Inilah kunjungan pertama seumur hidup. Kalau sebelum nie hanya melihat dari iklan2 atau dalam tv3 ja…tup2 dah ada kat sana semata-mata kerana tarikan sabah tea. Nak dijadikan cerita si suami berminat untuk mecuba pertandingan yang dianjurkan oleh Sabah Tea. Hadiah tempat pertama bercuti ke Sabah dengan tajaan sepenuhnya oleh Sabah Tea….dan hasilnya….inilah yang dikatakan rezeki terpijaknya. Keluarga siapa kalau bukan keluargaku…Tahniah untuk suami di atas kegigihannya yg luar biasa.












( abang dgn gaya jengkautnya mengangkat teh sebnyk 77 kotak )

(74 kotak) (60 kotak)
(Gambar diambil dari sabah tea facebook photos: Antara 2 orang pesaing terdekat )





Sebenarnya kat jom heboh hr tu malas nak bersesak2 kat tempat mcm ni, tp disebabkan booth sabah tea ada kemudahan aircon. Terasa bagaikan berada di bumi sabah pl, anak2 pun rasa selesa ja. Kembung perut asyik minum ice tea. Keesokkannya kami menunggu keputusan keluar dan juaranya seperti yang dah dijangka. Bila dah menang bermula la pl pencarian tiket kalau2 ada tiket murah di AirAsia. Akhirnya pada 16 Mac cuti sekolah baru ni terbanglah kami 5 beranak ke negeri di bawah bayu Sabah Bah.

( sebelum berlepas...kat Penang Airport )














(sempat lg posing lps landing)





Perjalanan yang sebenar pada hr khamis. Disebabkan kami sampai rabu kena la cari motel murah2 dlm Bandar KK. Lbh kurang 15 minit dr airport dgn byran rm30 kami bermalam di City Park Inn. Bilik yang agak selesa untuk bermalam (rm65 ja) sebelum meneruskan perjalanan ke Ranau.









Hr khamis esoknya, menggunakan khidmat teksi dr KK ke Ranau dengan bayran sebanyak rm120 perjalanan yang sebenar pun bermula. Lbh krg 2 jam ½ br la sampai ke Sabah Tea Resort. Sepanjang perjalanan suasananya lbh kurng mcm nk p Cameron Highland ja. Tp tanah Ranau lbh rata dr CH. Driver teksi nama LINUS. (mcm program linus thn 1 ja) Sgt baik hati orgnya. Byk cite dpt dikongsi ngn LINUS ni. Kami Siap booking teksi uncle LINUS untk balik ke KK sabtu ni.











Tmpat penginapan di Sabah Tea Gardens Cottage memng selesa dan cntik. Kalau x silap rm240 smlm. Cottage cantik, lengkap serba serbi. Bagaikan berada di oversea ja. Buka pintu ja trus nmpak gunung Kinabalu. Cantik sgt.









depan cottage tempat penginapan 3 hari 2 malam












Sepanjang di Sabah Tea, km dilayan oleh uncle Hamid. Dia la yang amik dan hantar kami ke tempat2 yang telah diatur. Tmpat paling best kat spa ikan. Kalau di sini spa ikan konet2 ja…tp di sana spa dia dlm sungai. Ikan2 semua besaq2 lengan. Takut . Nak cuba takut ngn geli ja. Malu pun ada. Bila blk rumah rasa rugi jg coz x cuba.


























Makan di restoran sabah tea sgt lazat dan penuh khasiat. Air sabah tea yg pekat tanpa gula. Syifa panggil teh air masak coz tawar. Sebenarnya minum tawar byk khasiatnya. Kita selalu minum manis bole hilang khasiat teh tu. Tiap2 kali menu ada sup sayur ngn cendawan. Hari pertama tergeliat juga tengkok nk mkn tp masuk hr ke2 dan ke3 makanannya sgt lazat bah. Bagaikan teringat-ingat ja kelazatannya.























Dinner pkl 6 sambil menyaksikan sunset, 1 pangalaman yg indah ditambah pl dgn nasi putih serta lauk yg lazat dan pelbagai. Disudahi dgn minum teh sabah, alhamdulillah memang indah.


Agenda jumaat pg, morning walk tp hujan x jd la. Bdk2 semua dh bersedia seawal jam 5 pg. Tp apa bole buat akhirnya semua pakat tdo blk le. Sblm tdo sempat lg bergambar dgn gunung kinabalu yg agak pemalu tu. Asyik berlindung ngn awan ja.




Pg lepas breakfast, kami di bawa jln2 sekitar kilang. Tgk proses buat teh. En.Hamid siap ajar cara nk membezakan teh yg ada pewarna ngn teh sabah. Pendek kata belilah teh sabah coz dah comfirm x dak pewarna dan asli. Sedap pl tu.




Sblm lunch, km dibawa belajar cara bersumpit. Syok jg tp x dak yang mengenanya. Bole la br pakat2 nak belajar. Lps tu melawat umh panjang dan melukis batik. Ptg pl p tmpat spa ikan lg tp air keroh…ikan dh lari coz hujan lbt semlm. Rugi2. Hati ni dh bersedia nk mengadap ikan2 besaq tu, tup..tup.. ikan pl lari.




Pg Sabtu, bersiap sedia nk blk. LINUS sampai tepat pd waktunya tp tetap minta maaf kalau2 dia terlewat. Sapa2 nak khidmat teksi nanti, sy syorkan amik la LINUS ni. Baik sgt. Breakfast terakhir di restorant Sabah tea bersama2 LINUS. Ada mjlis penyampaian hadiah yg ringkas. Percutian yg sungguh bermakna kerana spnjang di Sabah Tea, km dilayan mcm VIP. Free pl tue. Tmakasih sabah tea.
breakfast bersama LINUS



Bertolak balik ke KK, sempat lg singgah di Hot Spring. Kalau ada bj mandi bole la mandi tp semua bj dh packing elok dh. Mengamuk jg la bdk2 b3 tu nk mandi. Dlm pjalanan turun singgah membeli dekat pasar Nabalu ngn pasar Philipine. Antara 3 tempat ni, dekat Nabalu murah ngn selesa. Pasar philipine yang terkenal tu brg dia mahai. Kena pndai tawar menawar. Rugi jg tak byk membeli masa kat Nabalu. Ingat nk memborong kat Psr Philipine tp dh tak dak selera. Anak-anak pun dh tak larat.


Dekat Hot Spring pun barang-barang souviner murah jg tp tak banyak pilihan.







Akhirnya….sempat lg bergmbar ngn orang utan masa dok menunggu kapai. Pkl 5 naik flight sampai penang 7.40. Perjalanan yg cukup selesa tp amat mendebarkan dan serabut bila anak2 yang bertiga ni buat mcm naik bas ja. Asyik turun naik dari kerusi p main kat toilet. Pening2. Tak bagi p toilet satgi ter...ter... kat situ susah pula. Bila kita bawa pegi toilet dia tekan macam2. Nak main2 ja..



Sblm sampai umah singgah mkn kat subaidah…lega dpt makan nasi org penang walaupun mamak yang masak. Apa-apa pun Sabah memang best. Udara yg sgt segar. Masih terbau-bau wanginya bunga lavender dan bunga sundal mlm. InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lg.





sayonara....