rasa-rasa

Friday, November 18, 2011

tahniah...

untuk semua anak2 murid yang berjaya dalam peperiksaan UPSR. Teruskan berusaha dan bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana kejayaan bukan milik kekal anda.

Bagi yang tidak berjaya bukan bermakna anda tidak pandai atau tidak berusaha. Tetapi ini adalah pengalaman yang paling bermakna untuk anda terus berusaha mengapai kejayaan pada masa akan datang. Kegagalan adalah guru yang paling terbaik. Mg anda semua terus sukses di masa hadapan.

Berusaha.... Berdoa.... dan bertawakal..

Tuesday, August 9, 2011

http://moonstorymory.blogspot.com/2011/08/wordless-wednesdaygelak-geli-cute.html

saje suke-suke....

http://j-qafskbi2003.blogspot.com/2011/08/puasa-vs-solat-yang-mana-perlu.html

Dialog seperti ini selalu akan kedengaran bilamana ibu bapa menyuruh anak-anak yang masih kecil untuk berpuasa. "Puasa itu wajib...tak puasa tak dapat duit raya" "Kalau tak puasa malu dekat sepupu sepapat yang sebaya..." "tidurlah kalau letih..tak payah solat" .... Marilah kita sama-sama memberi ruang untuk akal berfikir mana yang lebih utama antara puasa dan solat.

Sunday, August 7, 2011

http://j-qafskbi2003.blogspot.com/2011/08/mencari-rahmat-di-denai-ramadan.html

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud : " Ramadan di awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari api neraka".

Friday, June 3, 2011

Pertandingan Game SAIDINA...Tahniah..








Pertama kali dlm hidup......






Majlis dimulakan dgn bacaan doa dr Wakil usahawan Muda SMKA Al-Mahsyoor (L)



Nak tau apa yang nak dicitekan kali ni....

Walau dh lama x tau nak post apa coz x pandai sgt nak cerita ceriti ni.....

Tapi inilah dia pengalaman yang menyeronokkan...

Permainan SAIDINA.

Sebenarnya dh lama event ni tp br kali ni sempat nak kongsi ngn kwn2 semua....





(pemandangan dr atas ketika pertandingan sdg berlangsung)




Kebetulan tahun ni jd guru penasihat kelab usahawan skbi... Naknya ada pertandingan SAIDINA peringkat sekolah2 keb yang amik bhagian. Buat di PDC, Penang. Yang dikatakan pertama kali seumur hidupnya ialah bermain game saidina ni la . Sblm ni tgk org main ja...kali tu bila time kita main nah amik besar gedabak punya saidina. Mula2 belajar main ja dh muflis. Apa taknya sekali lambung terus kena byr cukai. Second punya lambung dadu kena byr sewa hotel...habis duit gadai harta trus jatuh muflis. Teruk. Memng x pandai n x pernah main. Masuk dlm usahawan nie la br nk belajar main. Tp hr prtandingan siap ada penasihat kewangan lg kira ok banyak la. Tq Alif.



(kira duit modal kot2 x cukup. Bole beli tanah ja dulu)





Setiap Sek kena bw pasukan sorak masing2. Mcm2 aksi sorak yg amat menghiburkan dan kreatif. Jgn x tahu...hadiah yang ditawar amat lumayan. Terhibur jg ngn pasukan sorak.







Keputusan akhir perlawanan SAIDINA...SKBI x jd johan. Sebenarnya main Saidina ni ikut nasib lambung buah dadu ja. Time kena byr sewa hotel x pun sewa tanah bole jadi semput tue...tapi bila time org byr kat kite...senyumnya sampai telinga. Untuk pertandingan Pasukan Sorak pula keputusannya seperti berikut :-



1) Johan pasukan sorak dr SK Kepala Batas. Memang bertenaga sorakan SKKB.




2) Naib Johan SK Sri Bayu. Kreatif dgn cermin mata hitam.




3) Tempat ke 3 ...... siapa lagi kalau bkn SKBI...



Tahniah juga kepada Guru2 SKBI yg turut serta memberi idea n sumbangan tenaga.




Tahniah dan Alhamdulillah sekurang2nya x pulang dgn tangan kosong. Tahniah untuk semua ank2 murid yang sentiasa bertenaga dengan sorakan SKBI.



SKBI...SKBI kami nom 1,


Jumpa lagi tahun depan.

Tuesday, April 5, 2011

Panggilan Sabah....Sabah Tea

Sabah Tea BEST!


















Petang2 minum Tea,










Terima Kasih Daun Keladi

Sabah Tea....


















Arakian Ada sebuah cerita, mengenai sebuah keluarga yang mendapat rezeki terpijak. Bermulalah cerita suatu hari yang indah keluarga ini berkunjung ke Jom Heboh, Batu Kawan. Inilah kunjungan pertama seumur hidup. Kalau sebelum nie hanya melihat dari iklan2 atau dalam tv3 ja…tup2 dah ada kat sana semata-mata kerana tarikan sabah tea. Nak dijadikan cerita si suami berminat untuk mecuba pertandingan yang dianjurkan oleh Sabah Tea. Hadiah tempat pertama bercuti ke Sabah dengan tajaan sepenuhnya oleh Sabah Tea….dan hasilnya….inilah yang dikatakan rezeki terpijaknya. Keluarga siapa kalau bukan keluargaku…Tahniah untuk suami di atas kegigihannya yg luar biasa.












( abang dgn gaya jengkautnya mengangkat teh sebnyk 77 kotak )

(74 kotak) (60 kotak)
(Gambar diambil dari sabah tea facebook photos: Antara 2 orang pesaing terdekat )





Sebenarnya kat jom heboh hr tu malas nak bersesak2 kat tempat mcm ni, tp disebabkan booth sabah tea ada kemudahan aircon. Terasa bagaikan berada di bumi sabah pl, anak2 pun rasa selesa ja. Kembung perut asyik minum ice tea. Keesokkannya kami menunggu keputusan keluar dan juaranya seperti yang dah dijangka. Bila dah menang bermula la pl pencarian tiket kalau2 ada tiket murah di AirAsia. Akhirnya pada 16 Mac cuti sekolah baru ni terbanglah kami 5 beranak ke negeri di bawah bayu Sabah Bah.

( sebelum berlepas...kat Penang Airport )














(sempat lg posing lps landing)





Perjalanan yang sebenar pada hr khamis. Disebabkan kami sampai rabu kena la cari motel murah2 dlm Bandar KK. Lbh kurang 15 minit dr airport dgn byran rm30 kami bermalam di City Park Inn. Bilik yang agak selesa untuk bermalam (rm65 ja) sebelum meneruskan perjalanan ke Ranau.









Hr khamis esoknya, menggunakan khidmat teksi dr KK ke Ranau dengan bayran sebanyak rm120 perjalanan yang sebenar pun bermula. Lbh krg 2 jam ½ br la sampai ke Sabah Tea Resort. Sepanjang perjalanan suasananya lbh kurng mcm nk p Cameron Highland ja. Tp tanah Ranau lbh rata dr CH. Driver teksi nama LINUS. (mcm program linus thn 1 ja) Sgt baik hati orgnya. Byk cite dpt dikongsi ngn LINUS ni. Kami Siap booking teksi uncle LINUS untk balik ke KK sabtu ni.











Tmpat penginapan di Sabah Tea Gardens Cottage memng selesa dan cntik. Kalau x silap rm240 smlm. Cottage cantik, lengkap serba serbi. Bagaikan berada di oversea ja. Buka pintu ja trus nmpak gunung Kinabalu. Cantik sgt.









depan cottage tempat penginapan 3 hari 2 malam












Sepanjang di Sabah Tea, km dilayan oleh uncle Hamid. Dia la yang amik dan hantar kami ke tempat2 yang telah diatur. Tmpat paling best kat spa ikan. Kalau di sini spa ikan konet2 ja…tp di sana spa dia dlm sungai. Ikan2 semua besaq2 lengan. Takut . Nak cuba takut ngn geli ja. Malu pun ada. Bila blk rumah rasa rugi jg coz x cuba.


























Makan di restoran sabah tea sgt lazat dan penuh khasiat. Air sabah tea yg pekat tanpa gula. Syifa panggil teh air masak coz tawar. Sebenarnya minum tawar byk khasiatnya. Kita selalu minum manis bole hilang khasiat teh tu. Tiap2 kali menu ada sup sayur ngn cendawan. Hari pertama tergeliat juga tengkok nk mkn tp masuk hr ke2 dan ke3 makanannya sgt lazat bah. Bagaikan teringat-ingat ja kelazatannya.























Dinner pkl 6 sambil menyaksikan sunset, 1 pangalaman yg indah ditambah pl dgn nasi putih serta lauk yg lazat dan pelbagai. Disudahi dgn minum teh sabah, alhamdulillah memang indah.


Agenda jumaat pg, morning walk tp hujan x jd la. Bdk2 semua dh bersedia seawal jam 5 pg. Tp apa bole buat akhirnya semua pakat tdo blk le. Sblm tdo sempat lg bergambar dgn gunung kinabalu yg agak pemalu tu. Asyik berlindung ngn awan ja.




Pg lepas breakfast, kami di bawa jln2 sekitar kilang. Tgk proses buat teh. En.Hamid siap ajar cara nk membezakan teh yg ada pewarna ngn teh sabah. Pendek kata belilah teh sabah coz dah comfirm x dak pewarna dan asli. Sedap pl tu.




Sblm lunch, km dibawa belajar cara bersumpit. Syok jg tp x dak yang mengenanya. Bole la br pakat2 nak belajar. Lps tu melawat umh panjang dan melukis batik. Ptg pl p tmpat spa ikan lg tp air keroh…ikan dh lari coz hujan lbt semlm. Rugi2. Hati ni dh bersedia nk mengadap ikan2 besaq tu, tup..tup.. ikan pl lari.




Pg Sabtu, bersiap sedia nk blk. LINUS sampai tepat pd waktunya tp tetap minta maaf kalau2 dia terlewat. Sapa2 nak khidmat teksi nanti, sy syorkan amik la LINUS ni. Baik sgt. Breakfast terakhir di restorant Sabah tea bersama2 LINUS. Ada mjlis penyampaian hadiah yg ringkas. Percutian yg sungguh bermakna kerana spnjang di Sabah Tea, km dilayan mcm VIP. Free pl tue. Tmakasih sabah tea.
breakfast bersama LINUS



Bertolak balik ke KK, sempat lg singgah di Hot Spring. Kalau ada bj mandi bole la mandi tp semua bj dh packing elok dh. Mengamuk jg la bdk2 b3 tu nk mandi. Dlm pjalanan turun singgah membeli dekat pasar Nabalu ngn pasar Philipine. Antara 3 tempat ni, dekat Nabalu murah ngn selesa. Pasar philipine yang terkenal tu brg dia mahai. Kena pndai tawar menawar. Rugi jg tak byk membeli masa kat Nabalu. Ingat nk memborong kat Psr Philipine tp dh tak dak selera. Anak-anak pun dh tak larat.


Dekat Hot Spring pun barang-barang souviner murah jg tp tak banyak pilihan.







Akhirnya….sempat lg bergmbar ngn orang utan masa dok menunggu kapai. Pkl 5 naik flight sampai penang 7.40. Perjalanan yg cukup selesa tp amat mendebarkan dan serabut bila anak2 yang bertiga ni buat mcm naik bas ja. Asyik turun naik dari kerusi p main kat toilet. Pening2. Tak bagi p toilet satgi ter...ter... kat situ susah pula. Bila kita bawa pegi toilet dia tekan macam2. Nak main2 ja..



Sblm sampai umah singgah mkn kat subaidah…lega dpt makan nasi org penang walaupun mamak yang masak. Apa-apa pun Sabah memang best. Udara yg sgt segar. Masih terbau-bau wanginya bunga lavender dan bunga sundal mlm. InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lg.





sayonara....

Sunday, February 6, 2011

Cherita Aku La..La..La..: AlaHai….Cupi….

Cherita Aku La..La..La..: AlaHai….Cupi….: " puuuhh!!!PPuhhh!!!Puhhh!!!Hembiuh screen lappy yg agak berhabuk…sambil jari jemari chomel galak menari-manari agogo rentak twist di a..."

emas....emas....dinar....dinar....dirham...dirham....

Alhamdulillah...berkat doa dan restu...
mula menceburkan diri dlam satu pelaburan yang bakal memberi keuntungan yang besar.
jom mari kita sama2 memberanikan diri mengumpul emas...
antara blog yang menjadi rujukan terkini...
tq pada k.imah dari blog http://raziemas4u.blogspot.com/.
dan tq juga kepada sahabat di alam persekolahan..
Siti Hajar Ghazali(masterdealer)http://www.publicgold.com.my/
Bukan berniat nak kaya...
tp nak kembangkan ekonomi orang Islam....
agar hidup tak dibebani hutang...
dapat menjejakkan kaki ke Mekah dalam usia yang masih muda belia ni...
serta
dapat memberi pendidikan yang sepatutnya kepada anak-anak..
Moga hidup terus di bawah lindungan Allah s.w.t..

Saturday, January 22, 2011

ApA itu AsEt?..

Jujurnya selama ni x tahu pun cara untuk mempelbagaikan aset...selama ni asal dapat gaji je habih diguna untuk bayar segala-gala hal untuk meneruskan kehidupan seharian ni...


habih untuk keta....


byr yuran ank2...


duit belanja ank...


beli brg dapur...


susu pampers...


n beli-belian ringan mcm pisang goreng tepi jln.....


tgh bulan kering...



asyik terfikir macamna nk jana pendapatan ni...


tup...tup..
Allah kirimkan seorang rakan sejak zmn persekolahan menengah...



dia bg motivasi....dan semangat dlm diri yg lemah ni...


satu ja ayat dia...

****pendapatan menjana aset...

aset yang ada akan membayar semua keperluan harian kita****


baru tersedar yg kita ni langsung tiada aset berbentuk kebendaan...apa yg perlu dibuat...

bertindak sekarang..


1)beli umah...buat sewa atau homestay



2)beli umah kedai...n sewakan



3)buat pelaburan emas..





4)ada kemahiran...gunakan kemahiran yg ada (menjait,buat kuih or apa-apa la)...yang ni bakat ada takat makan sendiri ja la...jait pun untuk sendiri jg...awal2 lg dh tolak tepi....

sekarang tengah fikir....jawapannya sedang diusahakan...syok jg dgr pelaburan emas...

yg penting nk cari ASET untk kesenangan di hari tua...
nk pegi MEKAH dalam usia yg masih muda belia ni. br bersemangat n kuat nak beribadah di sana nanti...
sekurang-kurangnya hidup x nak menyusahkan anak2 nanti.


MOhon Allah restui segala usaha yg bakal diusahakan...terima kasih sahabat...

Akhirnya....sahabat berpesan lg...

Jgn tinggal solat Dhuha..

Setiap malam baca surah Al-MUlk dan Al-Waqiah

jgn lupa bersedekah

InsyaAllah segalanya akan diusahakan...

moga hidup kita diberkati dunia akhirat..

AMIN